Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh : 29 September 2011 ( Khamis )
Masa : 10.10 pagi – 11.10 pagi
Kelas : Tahun 1 Delima
Bilangan pelajar : 32 orang
Purata umur : 7 tahun
Tema : Kebersihan
Tajuk : Kebersihan Diri
Fokus Utama : Standard Kandungan
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui
nyanyian secara didik hibur.
Standard Pembelajaran
4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Fokus Sampingan;
Standard Kandungan
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan
tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.
Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Penggabungjalinan : Nyanyian – Menyanyi lagu Kebersihan Diri
kemahiran
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i. Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul
dan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
ii. Menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri.
Pengisian kurikulum;
Ilmu :
Pendidikan Muzik, Pendidikan kesihatan
Kemahiran bernilai Tambah:
KB - Menjana Idea
KP - Muzik, Verbal Linguistik, Kinestetik
Sistem Bahasa;
Tatabahas : Kata nama am.
Penerapan Nilail;
Kebersihan
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid tahu menjaga kebersihan diri
Media :
CD lagu, seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan
dan lembaran kerja.
Prosedur Mengajar :
Langkah (Masa) | Isi kandungan Pengajaran/ konsep/Strategi | Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran | Catatan / Alat Bantu Mengajar |
Set Induksi
5 minit
10.10 / 10.15 |
Teknik – Mimos Lakonan bisu
|
1. Guru memperdengarkan lagu dan membuat lakonan bisu seperti : i. Menggosok gigi. ii. Mensyampu rambut iii. Mandi iv. Menyikat rambut
2. Meminta murid meneka apa yang dilakukan.
3. Giliran murid membuat lakuan berikut berdasarkan arahan guru. |
Media : - Lagu iringan. - Kad Arahan - Berus gigi - Syampu - Sikat - Pemain CD |
Langkah 1
20 minit
10.15 / 10.35
|
Mempamerkan seni kata lagu ’Kebersihan Diri’
Nyanyian dan Gerakan
|
1. Guru membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut. 2. Murid dibimbing menyebut irama lagu tersebut sambil melakukan aksi mengikut lirik lagu tersebut. 3. Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas. 4. Murid menyanyi dengan pic dan irama yang tepat. |
Media : - carta lagu - powerpoint - CD lagu |
Langkah 2
10 minit
10.35 / 10.45 |
Teknik – Soal jawab
| 1. Guru meminta murid menceritakan seni kata lagu tersebut dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2. Guru memaparkan gambar alat kebersihan diri pada paparan slaid powerpoint 3. Murid diminta menamakan alat kebersihan diri tersebut. 4. Guru dan murid bersoal jawab tentang alat kebersihan diri tersebut.
|
Media : - Tayangan slaid power point. - Seni kata lagu ’Kebersihan Diri’ |
Langkah 3
10 minit
10.45 / 10.55 |
Permainan Suai dan Padan. |
1. Guru menyediakan 5 keping kad perkataan ( sikat, syampu, sabun, pengetip kuku, Berus gigi) 2. Pilih 5 orang murid secara rawak. Murid diminta memadankan perkataan dengan gambar yang sesuai. 3. Murid diminta menyebut alat-alat kebersihan diri dengan sebutan yang betul. 4. Murid yang melekatkan kad perkataan diminta menceritakan sebab dan akibat mengapa kita perlu menjaga kebersihan diri.
|
Media : - Kad perkataan - Kad gambar
KBT : Kontekstual
Nilai : Keberanian |
Langkah 4
10 minit
10.55 / 11.05
|
Penilaian
- Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut aras pengetahuan murid.
|
Kumpulan Cerdas 1. Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi.
Kumpulan sederhana 1. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan gambar
Kumpulan Pemulihan 1. Murid memadankan gambar dengan perkataan.
|
Media : - Lembaran Kerja 1 - Lembaran kerja 2 - Lembaran kerja 3 Nilai : Berdikari
KBT : Kemahiran Berfikir - Menjana idea - Mengumpul - Mengelas
|
Penutup ( 5 minit )
11.05 / 11.10 |
Penutup kognitif - Mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari
Penutup Sosial -Murid menyanyikan lagu ”Kebersihan Diri” beramai-ramai sambil menepuk mengikut corak irama lagu ’ Kebersihan Diri ’ |
1. Murid diminta menyatakan 5 cara bagaimana untuk menjaga kesihatan diri
2. Guru membuat kesimpulan. Murid memberikan pandangan
3. Murid menyanyikan lagu ’Kebersihan diri
|
BBM -paparan slaid - komputer riba - Lagu ‘ kebersihan diri Kemahiran berfikir - membuat kesimpulan - membuat Perbandingan
KMD
Kecerdasan pelbagai - Muzik - kinestetik
Nilai - bertanggungjawab terhadap diri sendiri Konsep Muzik : Irama
|