Sunday, 4 December 2011

Rancangan Pembelajaran Dan Pengajaran (BM Tahun 1)

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia

Mata Pelajaran         : Bahasa Malaysia

Tarikh                      : 29 September 2011 ( Khamis )

Masa                       : 10.10 pagi – 11.10 pagi

Kelas                       : Tahun 1 Delima

Bilangan pelajar        : 32 orang

Purata umur              : 7 tahun

Tema                        : Kebersihan

Tajuk                       Kebersihan Diri

Fokus Utama           : Standard Kandungan
                                                          
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui       
       nyanyian secara didik hibur.

Standard Pembelajaran
4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Fokus Sampingan;
Standard Kandungan
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan
tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

Kemahiran bahasa :   Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis


Penggabungjalinan :   Nyanyian – Menyanyi lagu Kebersihan Diri
kemahiran   

Objektif                 :   Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i.   Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul
     dan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. 

ii.  Menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri.

Pengisian kurikulum;
Ilmu   : 
Pendidikan Muzik, Pendidikan kesihatan
                                                           
             Kemahiran bernilai Tambah:
KB      -       Menjana Idea
KP       -      Muzik, Verbal Linguistik, Kinestetik

Sistem Bahasa;
Tatabahas              :          Kata nama am.
                                                                      
Penerapan Nilail;        
Kebersihan

Pengetahuan sedia ada :  Murid-murid tahu menjaga kebersihan diri


Media                           : 
CD lagu, seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan
dan lembaran kerja.

Prosedur Mengajar :
Langkah
(Masa)
Isi kandungan
Pengajaran/ konsep/Strategi
Aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran
Catatan / Alat Bantu Mengajar

Set Induksi

5 minit

10.10
/
10.15

Teknik – Mimos
Lakonan bisu


1.  Guru memperdengarkan lagu dan membuat lakonan bisu seperti :
i.  Menggosok gigi.
ii. Mensyampu rambut
iii. Mandi
iv. Menyikat rambut

2.  Meminta murid meneka apa yang dilakukan.

3.  Giliran murid membuat lakuan berikut  berdasarkan arahan guru.

Media :
- Lagu iringan.
- Kad Arahan
- Berus gigi
- Syampu
- Sikat
- Pemain CD

Langkah 1

20 minit

10.15
/
10.35







Mempamerkan seni kata lagu ’Kebersihan Diri’

Nyanyian dan Gerakan


1.  Guru membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.
2. Murid dibimbing menyebut irama lagu tersebut sambil melakukan aksi mengikut     lirik lagu tersebut.
3.  Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas.
4.  Murid menyanyi dengan pic dan irama  yang tepat.

Media :
-          carta lagu
-          powerpoint
-          CD lagu

Langkah 2

10 minit

10.35
/
10.45

Teknik – Soal jawab

          


1.  Guru meminta murid menceritakan seni kata lagu tersebut dengan sebutan yang  jelas dan intonasi yang betul.
2. Guru memaparkan gambar alat kebersihan diri pada paparan slaid powerpoint
3.  Murid diminta menamakan alat kebersihan  diri tersebut.
4. Guru dan murid bersoal jawab tentang alat    kebersihan diri tersebut.


Media :
-          Tayangan slaid power point.
-          Seni kata lagu ’Kebersihan Diri’

Langkah 3

10 minit

10.45
/
10.55

Permainan Suai dan Padan.

1.  Guru menyediakan 5 keping kad perkataan ( sikat, syampu, sabun, pengetip kuku, Berus gigi)
2.  Pilih 5 orang murid secara rawak.   Murid diminta memadankan  perkataan dengan gambar yang sesuai.
3.  Murid diminta menyebut alat-alat kebersihan diri dengan sebutan yang betul.
4.  Murid yang melekatkan kad perkataan diminta menceritakan sebab dan akibat  mengapa kita perlu menjaga kebersihan diri.


Media :
-          Kad perkataan
-          Kad gambar

KBT :
Kontekstual

Nilai :
Keberanian

Langkah 4

10 minit

10.55
/
11.05


Penilaian

- Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut aras pengetahuan murid.


Kumpulan Cerdas
1. Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi.

Kumpulan sederhana
1. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan gambar

Kumpulan Pemulihan
1. Murid memadankan gambar dengan perkataan.


Media :
-          Lembaran Kerja 1
-          Lembaran kerja 2
-          Lembaran kerja 3
Nilai :
Berdikari

KBT :
Kemahiran Berfikir
      -    Menjana idea
-          Mengumpul
-          Mengelas


Penutup
( 5 minit )

11.05
/
11.10

Penutup kognitif
- Mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari




Penutup Sosial
-Murid menyanyikan lagu ”Kebersihan Diri” beramai-ramai
sambil menepuk mengikut corak
irama lagu ’ Kebersihan Diri ’

1. Murid diminta menyatakan 5 cara bagaimana untuk menjaga kesihatan diri

2. Guru membuat kesimpulan. Murid memberikan pandangan

3. Murid menyanyikan lagu ’Kebersihan diri


BBM
-paparan slaid
- komputer riba
- Lagu ‘ kebersihan diri
  
Kemahiran berfikir
- membuat
  kesimpulan
- membuat
  Perbandingan

KMD

Kecerdasan pelbagai
- Muzik
- kinestetik

Nilai
-          bertanggungjawab terhadap diri sendiri
Konsep Muzik :
Irama


0 comments:

Post a Comment